top of page

PERSATUAN

SPINAL MUSCULAR ATROPHY

MALAYSIA .

Spinal Muscular Atrophy (SMA) adalah penyakit yang melemahkan kekuatan fizikal pesakit dengan mempengaruhi sel-sel saraf motor pada saraf tunjang, merampas kemampuan berjalan, makan, malah bernafas. Ia juga adalah penyebab kematian genetik nombor satu bagi bayi.

 

SMA disebabkan oleh mutasi pada gen neuron motor survival 1 (SMN1). Pada orang yang normal, gen ini menghasilkan protein yang sangat penting untuk fungsi saraf yang mengawal otot. Tanpa gen ini, sel-sel saraf tidak dapat berfungsi dengan baik dan akhirnya mati, menyebabkan otot menjadi lemah dan kadang-kala membawa maut.

 

Pesakit SMA menghadapi kesukaran untuk melaksanakan fungsi asas kehidupan, seperti bernafas dan menelan. Walau bagaimanapun, SMA tidak mempengaruhi kemampuan seseorang untuk berfikir, belajar, dan membina hubungan dengan orang lain.

Di dalam SMA terdapat pelbagai perbezaan dalam bentuk usia, simptom, dan kadar perkembangan.

Jenis 1

Umur 0–6 bulan

Bayi baru lahir hingga umur 6 bulan, dan bayi dengan SMA jenis ini tidak dapat duduk dengan sendirinya.

Jenis 2

Umur 6–18 bulan

Bayi berumur 6 hingga 18 bulan; dalam umur ini biasanya mempunyai kemampuan untuk duduk dengan sendiri tetapi tidak dapat berdiri.

Jenis 3

 Umur 18 bulan keatas

Kanak-kanak 18 bulan atau lebih, kanak-kanak di usia ini biasanya sudah boleh beridir dan berlari.

Jenis 4

Dewasa

Individu berusia 20-an keatas setelah melalui kehidupan normal.

Bicara inspirasi pejuang SMA.

meoo.png

Meor Amiruddin,35
(Pesakit jenis 3)

Seseorang sedang melawan didalam peperangan yang anda tak ketahui. Buatlah baik pada semua orang.

71680577_10157474806097492_3385110897050

Ng Say Leng,42
(Pesakit jenis 2)

Tujuan hidup walaupun sedang sakit ialah sentiasa ceria.

Safura.jpg

Siti Safura,38
(Pesakit jenis 2)

Sesuatu yang hebat memerlukan keazaman dan pengorbanan.

Ikram.png

Ikram Zaki,21
(Pesakit jenis 2)

Selalunya nampak mustahil untuk dibuat sehinggalah ia selesai tanpa sedar.

Miza.jpg

Miza Marsya,23
(Pesakit jenis 2)

Jangan takut untuk 'menonjolkan' diri.

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU

Jika anda adalah pesakit SMA atau anak anda menghidapi penyakit ini. Segera sertai kami dan data dari anda akan membantu mempercepatkan penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan terapi yang baik.

Kenali

kami

Temui orang kuat kami, yang mempercayai visi persatuan dan memimpin misi SMAM.

Daftar sebagai Sukarelawan

Kami hanya akan kuat jika bersatu. Sukarela berjuang bersama dan sokong program SMAM.

Setiap Ringgit yang anda sumbangkan memberi perbezaan kepada yang memerlukan.

Contact Us

BERITA TERBARU.

bottom of page