top of page

Bintang SMA Fighters Menyinar Di Gelanggang Catur

Usaha tangga kejayaan. Ini telah ditunjukkan oleh dua SMA Fighters iaitu Saudara Amirul Iman dan Saudara Ahmad Nazmi di mana mereka membuktikan tiada yang mustahil selagi mana ada kemahuan, kesabaran dan usaha gigih. Ahad lalu, menyaksikan kedua-dua mereka telah beraksi di Herosifu Chess Academy Rapid Open Tournament 2022 bertempat di Hotel Tenera Bangi. Pertandingan ini adalah Kategori Terbuka dan dijalankan sebanyak 9 pusingan. Saudara Ahmad Nazmi telah berjaya merangkul tempat Kedua Terbaik OKU dengan catatan 6 mata manakala Saudara Amirul Iman berjaya mendapat tempat Kedua Terbaik Pelajar HCA dengan catatan 4 mata. Difahamkan bahawa acara tersebut telah dirasmikan oleh YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Kami di SMA Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada kedua-dua SMA Fighters ini, juga kepada ahli keluarga mereka yang tidak jemu menyokong mereka untuk terus mencapai cita-cita dan mengembangkan bakat mereka seperti anak-anak yang lain. Terbukti bahawa jika SMA Fighters diberi ruang dan peluang, mereka boleh berjaya dengan cemerlang dalam masyarakat. Syabas. SMA Fighters Never Give Up 💪🏼 💕













112 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page