top of page

Bual Bicara MyHeart Mendidik Masyarakat Tentang SMA

Program Bual Bicara kolaborasi antara MyHeart dan SMA Malaysia yang telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Mac 2022 yang lalu secara atas talian dan menampilkan Prof Dr Zabidi Hussin, Pro Naib Canselor dan Pakar Pediatrik (Neurologi) IMU dan Puan Nurulhidayatul Fathi, Setiausaha SMA Malaysia dan ibu kepada adik Rania, SMA Fighter Jenis 2. Prof Dr Zabidi Hussin telah mengupas topik tentang penyakit SMA, takrifan, masalah pesakit dan rawatan yang diperlukan untuk memastikan pesakit SMA dapat menjalani kehidupan dengan baik. Prof Zabidi juga menekankan bahawa sokongan keluarga dan masyarakat sangat penting untuk menjamin kesejahteraan para pesakit. Manakala Puan Fathi telah berkongsi pengalamannya menjaga anak SMA yang kini sudah berumur 4 tahun. Beliau turut berkongsi pengalaman mendapat keputusan diagnosis doktor dan segala cabaran yang ditempuhi sepanjang rawatan yang dilakukan terhadap anaknya. Perkongsian ini sangat membuka mata masyarakat dan bagi mereka yang terlepas tarikh siarannya, boleh ikuti rakaman di Laman FB MyHeart seperti di pautan berikut :











1 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page