top of page

Dia Terindah... Suatu Lensa Kehidupan SMA Fighters

Program Dokumentari Dia Terindah terbitan Double Chanel telah ditayangkan di Saluran RTM OKEY ini memaparkan kehidupan, cabaran dan harapan yang dilalui oleh seorang SMA Fighter iaitu adik Shasha Nuwairah (SMA Jenis 2) dan keluarganya. Anak perempuan tunggal bagi pasangan En Norhairi dan Puan Adila ini tetap bersemangat walaupun menghadapi pelbagai kesukaran pergerakan kerana pertumbuhan otot badannya terganggu dan merosot sedikit demi sedikit akibat SMA. Menerusi program ini juga, Prof. Dr. Zabidi Hussin, Pakar Pediatrik di IMU dan juga Ketua Penasihat Perubatan SMA Malaysia menerangkan tentang SMA secara ringkas tetapi padat dan mudah difahami oleh masyarakat. Selain itu, program ini juga memaparkan penerangan dua SMA Fighters iaitu Cik Siti Safura dan Cik Miza Marsya, masing-masing merupakan Exco Perubatan dan Penyelidikan SMAM dan Penolong Setiausaha SMAM tentang peranan dan aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan SMA Malaysia dalam membantu para pesakit SMA dan keluarga mereka sebagai satu khidmat kemasyaratan bagi komuniti SMA di Malaysia.


SMA Malaysia merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua ahli produksi, terutama En Sham Jr FDAM selaku Pengarah, En Danny Anwa selaku Pengurus Produksi, Puan Suzana selaku Penulis Skrip yang membantu kami ketika pengambaran dijalankan dan pihak IMU yang menaja lokasi pengambaran pada 7 Januari 2020 yang lalu. Saksikan Episod 2 - Spinal Muscular Atrophy (Dia Terindah)






49 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page