top of page

Imbasan Bulan Kesedaran SMA Sedunia 2022 : SMA Malaysia di TemuWeekends

Alhamdulillah SMA Malaysia telah turut serta dalam Program TEMUWeekends iaitu sebuah program kesenian yang dipelopori oleh Komuniti Seni Kreatif yang dijalankan pada setiap hujung minggu di Muzium Telekom. SMA Malaysia telah mendapat slot 'booth' selama dua hari iaitu pada 27 dan 28 Ogos 2022 sempena sambutan Bulan Kesedaran Penyakit SMA Sedunia.


SMA Malaysia berpeluang mempamerkan dan menjual hasil seni yang dihasilkan oleh SMA Fighters, di samping dapat memperkenalkan dan berkongsi maklumat dengan para pengunjung tentang penyakit Spinal Muscular Atrophy. Dua orang SMA Fighters iaitu En Amirul Iman dan adik Siti Nurkhadijah Rania tidak melepaskan peluang untuk menyertai bengkel penghasilan karya seni di sana. Apa yang istimewa adalah program ini mendapat sentuhan SMA Fighter Cik Miza Marsya sebagai koordinator bagi para peserta yang ingin membuat pameran di Program TEMUWeekends di Muzium Telekom ini.


Program ini adalah ditaja oleh Yayasan TM yang menjadi suatu platform para penggiat seni menampilkan pelbagai pertunjukan dan hasil seni mereka termasuklah persembahan muzik dan filem, di samping terdapatnya bengkel seni serta bazar jualan hasil seni. Orang ramai boleh menghabiskan masa hujung minggu mereka bersantai bersama keluarga dan rakan, sambil menikmati keindahan dan keunikan hasil seni penggiat tempatan di Muzium Telekom yang juga menyediakan cafe dengan pelbagai hidangan yang lazat.



9 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page