top of page

Liputan Sinar Harian untuk Penyakit Jarang Jumpa Termasuk SMA

Akbar Sinar Harian telah membuat liputan tentang beberapa penyakit jarang jumpa termasuklah Spinal Muscular Atrophy (SMA) dalam Edisi Khas pada 15 November 2021 yang lalu.


Wartawan Nurul Nabila Ahmad Halimy telah menemuramah secara atas talian Prof Dr Zabidi Hussin, Pakar Pediatrik dan Neurologi, juga selaku Ketua Penasihat Perubatan SMA Malaysia bagi memahami isu tentang penyakit jarang jumpa terutama SMA.


Mereka yang turut ditemuramah adalah Pn, Shakira Jamil Fisal, Presiden SMAM, Cik Gazlia Umat, Setiausaha SMAM dan Cik Siti Safura Jaapar, Exco Perubatan dan Penyelidikan SMAM, masing-masing tentang peranan NGO dalam membantu pesakit SMA di Malaysia, pengalaman, cabaran dan harapan pesakit SMA.


Liputan ini diharapkan telah dapat membuka mata masyarakat tentang penyakit jarang jumpa dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya sokongan pelbagai pihak, terutama kerajaan bagi membantu meningkatkan tahap kesihatan para pesakit jarang jumpa yang pelbagai.


SMAM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sinar Harian di atas liputan yang diberikan.







13 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page