top of page

Salam Aidil Fitri 2022

Syawal menjelang tiba dan Ramadan semakin melabuhkan tirainya. Semoga Allah menerima ibadah puasa dan ibadah lainnya dan melimpahkan keampunan dan keberkatan kepada kita semua. Kemeriahan menyambut Syawal setelah sebulan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan sangat dirasai apabila pihak kerajaan telah melonggarkan peraturan SOP Covid bermula 1 April 2022 yang lalu. Tahun ini juga merupakan tahun pertama kebenaran menyambut Hari Raya Aidil Fitri secara bersemuka dengan SOP yang minima setelah dua tahun tertangguh akibat penularan Covid19. Rakyat Malaysia amat bersyukur dan bergembira apabila kita mula menuju ke era endemik penyakit berjangkit ini. Begitu juga kepada Keluarga SMA Malaysia. Dengan kesempatan ini, SMA Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh umat Islam di mana jua anda berada. Berhari-hati di jalan raya. Semoga kita sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera.




10 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page