top of page

Selamat Hari Kemerdekaan 2022



Setiap kali tiba tarikh 31 Ogos, kita rakyat Malaysia akan meraikan Ulangtahun Hari Kemerdekaan negara dan tahun ini sudah 65 tahun kita menikmati kehidupan sebagai bangsa yang merdeka di negara yang berdaulat. Suatu nikmat yang tidak ternilai harganya. Sudah seharusnya kita kenang dan berterima kasih kepada para pejuang terdahulu yang telah bergadai harta, nyawa demi membebaskan negara daripada penjajah. Kini kitalah pewarisnya, dan kitalah yang wajib memelihara kemerdekaan ini agar terus kekal, makmur dan sejahtera. SMA Malaysia mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 65 🇲🇾

11 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page