Selamat Tinggal 2021, Selamat Datang 2022

Tirai 2021 telah berlabuh dan mentari 2022 telah terbit dengan membawa harapan baharu. Tahun 2021 adalah tahun yang sangat mencabar apabila kita semua terpaksa berhadapan dengan penularan Covid19 dan banjir di luar jangkaan yang masih belum surut di beberapa buah negeri. Diharapkan agar kita semua sentiasa menjaga keselamatan, kesihatan dan berada dalam keadaan bersiap sedia dengan segala kemungkinan. Semoga kehidupan seluruh rakyat Malaysia, terutama sekali Keluarga SMA Malaysia pada tahun baharu 2022 ini dan tahun-tahun berikutnya akan lebih sejahtera dan cemerlang. InshaAllah.



8 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua