top of page

SMA Fighter Dinobatkan Sebagai Tokoh Akademik OKU Negeri Kelantan

Berkat kesabaran, kegigihan dan kecekalan, Cik Anis Adilah binti Amlaki, SMA Fighter dan juga pelajar akhir tahun Ijazah Sarjana Muda Psikologi (dengan kepujian) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh OKU Muqarrabun Negeri Kelantan (Tokoh Akademik OKU Fizikal (P)) 2022. Beliau yang juga merupakan salah seorang Exco Pembangunan Belia dan Sukan SMA Malaysia, sememangnya telah menunjukkan kecemerlangannya dalam bidang akademik dan kepimpinan selama menjadi pelajar UPSI. SMA Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan Cik Anis Adilah dan semoga kejayaan beliau ini menjadi pembakar semangat dan inspirasi SMA Fighters yang lain.



17 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page