top of page

SMA Fighter Mewakili MBOKU di Program Sesi Dialog OKU DIHATIKU Bersama YB Senator

Sempena Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa yang disambut setiap tahun pada 3 Disember, Unit Perkhidmatan Orang Kurang Upaya (DSU), Pejabat Timbalan Rektor (Pelajar), Pembangunan dan Penglibatan Masyarakat), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah menganjurkan program yang dinamakan ‘OKU Di Hatiku Sesi Dialog bersama YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan Pelancaran Kempen Kesedaran Perdana Orang Kurang Upaya UIAM 2021'. SMA Fighter, yang juga Penolong Setiausaha SMA Malaysia, Cik Miza Marsya Roslan menjadi salah seorang daripada 5 wakil Majlis Belia OKU Malaysia yang merupakan salah sebuah rakan usaha sama majlis tersebut. Majlis tersebut telah diadakan pada 2 Disember 2021 (Khamis), bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengah hari. Ia diadakan di Galeri KAED, UIAM. Oleh kerana penularan Covid19, program ini turut dijalankan melalui Zoom bagi membolehkan lebih ramai peserta menyertainya. Objektif program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan komuniti UIAM mengenai isu-isu ketidakupayaan dan sesi dialog ini dilihat sebagai platform untuk komuniti OKU di UIAM dan peserta jemputan lain untuk menyuarakan keperluan dan cabaran mereka dan membincangkan perkara-perkara berkaitan OKU di Malaysia. Tahniah SMA Malaysia ucapkan kepada Cik Miza kerana terus bersemangat untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang isu komuniti orang kurang upaya melalui pelbagai saluran 💕💪🏼🎉💐♿





28 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page