top of page

SMA Fighters Chess-ESport Championship



Sempena sambutan Bulan SMA Sedunia 2022 pada Ogos ini, SMA Malaysia dengan bangganya akan menganjurkan pertandingan catur SMA Fighters Chess-Esport Championship yang akan berlangsung pada:


Tarikh : 21 Ogos 2022

Masa : 8.30 pagi - 6.00 petang

Tempat : Platform Tornelo & Zoom (atas talian)

Format : 7 pusingan (Kawalan masa 20 minit)


Pertandingan ini adalah yang pertama dianjurkan oleh SMA Fighters sendiri dengan penuh iltizam untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penyakit SMA dan memperlihatkan semangat juang yang tidak pernah luntur, sama ada dalam gelanggang catur, mahupun dalam kehidupan melawan penyakit SMA. Kami di SMA Malaysia menyeru rakyat Malaysia yang prihatin dan berbakat dalam arena catur untuk sama-sama menjayakan program ini dengan turut menyertai pertandingan ini. Program ini juga adalah sebahagian daripada program pengumpulan dana SMA Malaysia untuk membantu SMA Fighters membiayai kos alatan perubatan mereka.



266 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page