top of page

Suara SMA Fighters- Katakan TIDAK kepada Pembuli OKU!

Updated: 15 Dis 2021




Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan penularan dua video yang dimuat naik di media sosial yang mana isi kandungannya secara terang-terangan menghina golongan OKU. Perkara yang tidak bermoral ini amat mendukacitakan seluruh golongan OKU di Malaysia termasuk SMA Fighters. Oleh itu, sekali lagi Utusan TV telah menjemput dua orang SMA Fighters iaitu; Saudara Ikram Zaki Marzuki, SMA Fighter Jenis 2, merupakan seorang usahawan muda dalam industri penternakan Ikan Betta dan juga seorang 'Youtuber' dan 'TikToker' yang mula dikenali ramai, dan seorang lagi iaitu Saudara Ahmad Nazmi Md Nizam, SMA Fighter Jenis 2, juga merupakan atlet Paralimpik Malaysia dalam sukan catur dan Exco Sukan bagi SMA Malaysia untuk mengupas isu yang tengah hangat diperkatakan ini dan berkongsi pengalaman selama mengharungi hidup sebagai OKU. Jangan lupa saksikan mereka secara langsung di saluran Facebook Utusan TV pada 15 Disember 2021, jam 9.00 malam. Sila tonton di pautan berikut: https://www.facebook.com/utusantv/

177 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page