top of page

Tahukah Anda #1 - Ogos Bulan Kesedaran SMA

Penyakit Spinal Muscular Atrophy adalah sejenis penyakit genetik resesif di mana kedua-dua ibu bapa pesakit adalah 'pembawa' yang menyumbang bahan genetik SMA kepada anak mereka. Kebarangkalian bagi pasangan suami isteri yang telah disahkan oleh doktor (melalui ujian genetik) sebagai 'pembawa' mendapatkan anak SMA adalah 25% iaitu seorang anak SMA untuk setiap 4 kali kelahiran. Walau bagaimanapun, segala kejadian adalah ketentuan Yang Maha Esa. Jangan pernah putus asa. Pesakit SMA adalah 'SMA Fighter', ibu bapanya adalah 'hero' yang sebenar! 💪🏼💐❤

#OgosBulanKesedaranSMA



21 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page