top of page

Tahukah Anda #2 - Ogos Bulan Kesedaran SMA

Scoliosis adalah satu kondisi di mana tulang belakang seseorang menjadi bengkok dan tidak normal, akibat kecederaan, gaya hidup yang tidak sihat atau otot belakang badan yang lemah. Kebanyakkan pesakit SMA akan mengalami scoliosis kerana otot yang menyokong tulang belakang menjadi semakin lama semakin lemah akibat penyakit SMA. Kebiasaannya doktor akan menggalakkan pesakit untuk menjalani sesi fisioterapi jika keadaan pembengkokan tulang belakang itu masih awal. Ada juga pesakit yang mengalami scoliosis memerlukan bengkung badan atau 'body braces' untuk mengawal dan memperlahankan kadar pembengkokan tulang belakang. Pada tahap kritikal, biasanya doktor akan menjalankan pembedahan tulang belakang dengan memasukkan rod besi dan diikat dengan skru untuk meluruskan semula tulang belakang yang semakin teruk membengkok. Scoliosis perlu dirawat secepat mungkin untuk mengelakkan organ-organ dalaman utama seperti jantung, paru-paru, perut dan usus tidak terhimpit atau berganjak dari posisi yang sepatutnya supaya dapat berkembang dan berfungsi dengan baik. Risiko penyakit lain bagi seseorang pesakit SMA adalah tinggi jika tulang belakang yang bengkok tidak dirawat.




13 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page