top of page

Tuah Jemari Kreatif Shasha

Bakat seni SMA Fighter Shasha Nuwairah yang digilap oleh ibubapanya telah membuahkan hasil apabila tiga daripada empat lukisan yang dihasilkannya telah terpilih dan dinobatkatkan sebagai sepuluh lukisan terbaik di dalam Pertandingan Sentuhan Jemari Kreatif baru-baru ini. Pertandingan peringkat Negeri ini telah dianjurkan oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk para pelajar menengah dan Rendah berkeperluan khas.


Terdahulu pada bulan April 2022, para pelajar perlu menyiapkan lukisan di atas canvas bersaiz A4 dengan menggunakan cat minyak, cat akrilik atau medium campuran dan dihantar untuk penilaian pakar seni yang disediakan oleh pihak penganjur. Kini keputusan telah diumumkan dan Shasha adalah salah seorang pemenangnya. Majlis Penyampaian Hadiah akan berlangsung pada 22 Ogos 2022 di Bandar Baru Sri Sendayan. Syabas dan tahniah SMA Malaysia ucapkan kepada SMA Fighter Shasha Nuwairah di atas kejayaan ini. Semoga bakat seni Shasha akan terus dikembangkan lagi di peringkat yang lebih tinggi. Selamat maju jaya 💪🏼🎉🖼️🎨







144 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page