top of page

Uji Bakat & Klinik Bola Sepak OKU - Pengalaman Berharga SMA Fighters di Melaka

Uji Bakat & Klinik Bola Sepak OKU telah diadakan dengan jayanya di Kompleks Sukan Batu Berendam, Melaka pada 27 November 2021 yang lalu. Program ini telah dianjurkan oleh # MH Melaka Help dengan kerjasama Pan-Disability Football dan RS Hub Mission, serta disokong oleh Majlis Paralimpik Malaysia. Program ini telah dikendalikan dengan lancar oleh Pasukan Jurulatih Sunny Satesh yang bertanggungjawab melatih para atlet oku untuk Sukan bola sepak. Pelbagai kategori acara Bola Sepak OKU dijalankan, antaranya Bola Sepak Buta, Bola Sepak Autisme, Bola Sepak Sindrom Down, Bola Sepak Cerebral Palsi, Bola Sepak Kudung dan yang terbaru diperkenalkan ialah kategori Bola Sepak Kerusi Roda. Seramai 4 orang SMA Fighters telah mencuba pengalaman baru, sekaligus menjadi perintis acara ini dan mereka adalah Ahmad Nazmi Md Nizam, Muhammad Syafiq Naim, Noor Raihanah Azemi dan Siti Safura Jaapar. Seorang lagi peserta acara kategori ini adalah Ashwini dari Melaka. Majlis Penutup Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Subramaniam, Setiausaha Agung Majlis Paralimpik Malaysia. Program ini turut mendapat liputan dari RTM dan telah disiarkan di dalam program Selamat Pagi Malaysia


Pembangunan Sukan OKU dilihat berpotensi untuk memperkasakan golongan OKU, terutama bagi Sukan Bola Sepak OKU. Pencapaian para atlet Paralimpik Negara tidak boleh dinafikan lagi dan ini telah terbukti mereka berjaya memenangi pingat di peringkat antarabangsa. SMA Malaysia komited untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menggilap bakat sukan di kalangan SMA Fighters dan seterusnya dapat menjadikan mereka atlet negara.


Pautan Selamat Pagi Malaysia RTM





















43 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page